Sepanjang
20 tahun aku tak pernah ambil tau apa itu kecederaan ACL tetapi tanggal 1.2.2015
setelah jatuh semasa bermain bola sepak ianya menjadi igauan. Bayangkan selama
ini kita boleh berjalan dengan sempurna tetiba Allah tarik nikmat itu
sementara. 3 bulan aku tidak dapat berjalan dengan normal.
Di
sini aku kongsikan sedikit maklumat mengenai kecederaan ACL. ACL adalah ligamen
hadapan
yang menyokong sendi lutut manusia seperti gambah di bawah:-
Kecederaan
yang dimaksudkan dan penting untuk diberi perhatian adalah kecederaan ligamen
lutut ACL (anterior cruciate ligament atau ligamen krusiat hadapan). Berbeza
dengan kecederaan lain, umpamanya seperti kederaan ligamen buku lali (ankle)
yang biasanya boleh sembuh dengan sendiri, ligamen ACL yang tercedera akan
terkoyak dan terputus seperti tali guni dan tidak dapat sembuh dengan sendiri. Tanpa
ACL lutut akan mudah terkehel atau terpelecok dengan sendiri dan anda mungkin
akan terjatuh secara tiba-tiba disebabkan ketidakstabilan sendi lutut. Tanpa
ligamen ini aktiviti harian biasa yang tidak lasak seperti berjalan dan menaiki
tangga atau sembahyang masih boleh dilakukan.
Bagi
yang hanya terkoyak sedikit masih boleh berjalan dan ada juga yang terus
terputus lansung tak boleh berjalan. Hampir tiga minggu aku diarahkan oleh Dr
supaya memakai simen dikaki. Amat perit pada mulanya tapi itulah demi merawat
semula kaki ini. Selepas tiga minggu, aku berjumpa semula dengan Dr tersebut
dan beliau arahkan aku supaya menghadari sesi fisioterapi selama 2 bulan. Lama
betul terapinya tapi tak apalah sudah ketentuan illahi. Selama menjalani fisio
tersebut bermacam-macam benda aku fikir kan. Dapat main bola lagi ke tak, dapat
akah aku teruskan hidup macam dahulu. Bolehkah aku aktif bersukan balik? Bila
sampai sahaja appointment dengan Dr aku ceritakan sebahagian dari luahan hati.
Dan beliau juga bertanyakan kepada aku, “awak nak operate ke tidak?” aku
menggeleng kepala. Beliau mencadang supaya aku meneruskan fisioterapi di luar
dan dalam hospital supaya perkembangan kaki aku dapat bertambah baik dari
sebelumnya.
Sekarang Alhamdulillah sudah hampir tiga tahun berlalu aku sudah
merasa semakin baik biarpun boleh sembuh sepenuhnya. Jika mahu bermain sukan
aku perlu memakai alatan tambahan supaya lutut aku tidak cedera semula. Biar
nikmat sebegini Allah telah Tarik sedikit , aku tetap bersyukur akan kurnia
yang Dia beri. Apa sahaja yang kita lakukan yang penting jangan putus asa dalam
mengejar harapan dan impian. Terima kasih tuhan!
No comments:
Post a Comment