Mungkin cerita ini akan sedikit bosan tapi biarlah aku cerita tentang nukilan. Tentang pengalaman yang sedikit sebanyak menjadikan aku seorang insan yang alhamdulillah berguna sekarang. Tiga tahun lepas merupakan salah satu pengalaman yang paling bernilai dalam hidup aku. Dimana disitu aku tidak pernah naik kapal terbang sehingga menjadi ‘frequent flyer’ sehingga sekarang. Itu ilmu kehidupan , pengalaman. Pada mula aku mendapat panggilan dari UPM mengatakan bahawa aku dapat menyambung pelajaran ke sana akan tetapi ditempatkan di nun jauh di kepulauan Borneo sana UPM Kampus Bintulu. Berat hati pada mulanya akan tetapi aku ambil sebagai satu cabaran.
Pada tanggal 6
Jun 2014 buat kali pertamanya aku menjejakkan kaki di bumi Kenyalang. Bumi
Sarawak yang indah lagi mempersona. Disini aku belajar erti berdikari untuk
hidup jauh dari keluarga demi mengejar impian dan cita-cita. Semester pertama
buat aku disini amat susah sekali jika dsbanding dengan kawan-kawan yang
lain,mungkin aku bukan dari pelajar sains yang tiba-tiba memasuki ke alam baru.
Bak kata pepatah orang barat “ Culture Shock” mungkin. Tetapi aku mula belajar
dari masa ke semasa. Masa yang berlalu begitu pantas jika dibandingkan mahu
menunggu flight balik ke rumah haha. Alhamdulillah dalam masa tiga tahun menuntut
ilmu dan pengalaman disana aku dikurnia keluarga. Bukan satu tetapi banyak.
Disini aku kenal erti persahabatan sejati dimana susah senang dilalui dan
ditempuh Bersama. Biarpun susah mahu ke ladang, terjun selut , meredah semak
,kami tetap Bersama sebagai satu ikatan brotherhood.
Disana juga aku
mendapat keluarga angkat dari suku kaum Malanau. Ya sungguh cantik sekali
perancangan tuhan. Aku ditinggalkan sementara di bumi orang tetapi dia hadirkan
keluarga baru untuk menjaga aku disini. Terima kasih tuhan. Tiga tahun disini
amat bermakna buat aku. Kenangan yang mendewasa aku dan menjadikan siapa diri
aku sekarang. Untuk Ibu & Ayah , aku janji yang aku akan berusaha untuk berjaya
suatu hari nanti. Bukan sahaja di dunia malah inn shaa Allah di akhirat kelak. Aku
mahu jadikan pengembaraan hidup aku sebagai pembakar semangat untuk lebih maju
ke hadapan. Aku masih ingat dimana hari itu aku berdoa untuk segala benda aku
ada sekarang. Aku mahu melompat setinggi awan agar dapat mengapai bintang,
mungkin tak akan sampai ke bulan tapi masih menggenggam untuk sampai ke langit.
No comments:
Post a Comment