Persoalan aku tentang
kehidupan. Apakah mampu aku tanggung apa semua yang aku terima. Sama ada
kupinta ataupun dipaksa. Sekuat manakah akan ku pikul dan sejauh manakah akan
ku sampai. Jika aku sudah bermula jikalau gagal bagaimana. Dan jika aku gagal siapa
yang akan terima seadanya? Siapa masa depan aku? Apa tanggungjawab bagiku?
Berapa tahun tewasku dan berapa detik jayaku.
Dan aku bagi jawapan
berdasarkan analogi.
Kau mahu ke taman.
Mestilah kau kena mula keluar dari rumah betul? Cuma kau takkan tahu kalau ada
apa-apa buruk yang kat luar. Hujan barangkali. Dikerjar anjing mungkinkan
terjadi. Tertinggal dompet boleh jadi. Dingorat pondan maybe. Minyak motor
habis di tengah jalan kau pun tak pasti lagi.
Yang penting kau dah
keluar. Kalau ada apa-apa aral kita cari jalan keluar. Yang lain kemudian kita
fikirkan bila sampai masanya kita takrifkan. Yang ketika itu sahaja boleh
dikaji apa sukarnya apa jalannya. Yang akhirnya sampai ke output yang bermacam
kemungkinannya. Bukan ibarat kiraan masalah kalkulus. Yang ada penyelesaian
walaupun kadangkala sukar. Tetap ada jawapan yang sama.
Dan yang pastinya
kehidupan ini lebih dasyat masalahnya dari matematik kalkulus.
Jangan risau, kalau kau
terjatuh luka kita letak iodine.
Dan apa yang mampu kita
buat untuk waktu ini detik ini kita hayati semua perasaan. Gembira, sedih,
takut risau dan apa-apaan.
Contohnya
Gembira untuk punyai apa
yang kita masih ada. Keluarga, sahabat, kasih saying atau mungkin rahmat yang
kuriaan Tuhan berikan kepada kau. Hargai. Jangan lepaskan dan sentiasa
bersyukur.
Sedih untuk silam yang
gelap. Kehilangan, pemergian atau kesilapan.
Tapi tiada sebab untuk
kita lupakan kedangan yang dulu-dulu. Walau sekalipun kenangan itu kenagan yang
pahit. Sepahit hempedu.
Lama-kelamaan yang pahit
hempedu itu akan jadi sepahit kopi. Sedap untuk kita hirup.
Ya, memang aku maksudkan
kenangan yang perit boleh kita jadikan batu peringatan. Agak tidak terpelecok
ke dalam gaung yang gelap gelita.
Takut untuk lihat apa
yang mendatang di masa hadapan. Tentang apa yang kau mahu dan apa yang kau
usaha. Rancang dengan teliti dan laksanakan dengan padu. Ini yang paling
penting.
Past is the past. Future
is risker. Never forget the past. Present determine the future.
Hidup dimulakan dengan
huruf besar
Perjalanan hidup dalam
membesar itu bait-bait ayat
Koma yang merupakan
persimpangan hidup
Mati itu noktah.
Kau sudah punya huruf
besar, bait-bait ayat dan juga koma.
Noktah?
Dan apabila kita tengok
balik definisi gagal itu sendiri bermaksud tidak berhasil, tidak tercapai
keinginannya sendiri.
Gagal apabila kau meletakkan satu period masa untuk menyiapkan tugas tapi kau tak laksanakan, kau meletakkan suatu sasaran tapi kau tak capai, kau mengharap kau dapat peluang tapi bila ianya sampai kau tak rebut dengan erat.
Itupun sebenarnya sesuatu kegagalan.
Jadi asas gagal ialah "tidak mencapai" "sesuatu dalam "tempoh masa tertentu"
Tanpa tiga asas ini kau tidaklah gagal.
Jadi yang selama ini kau ungkitkan yang kau gagal adakah benar kau gagal?
Kadang-kadang kau pun sendiri tak tahu apa yang kau mahukan dalam hidup kau kan? Berapa umur kau? Cuba kau tengok balik bila kali terakhir kau ada impian? Bila kali terakhir yang kau rasa haritu kau nak buat sesuatu yang lain sikit dalam hidup kau?
Kalau kau tak pernah ada impian untuk kecap sesuatu dalam hidup kau, hati kau mati. Tapi kau tetap gagal. Tapi gagal yang jatuh ke kelas yang tercorot. Gagal untuk berimpian.
Dan jika kau melakukan sesuatu yang bukan kau mahu atas suruhan orang lain dan gagal. Itu bukan kegagalan kau. Kegagalan sipolan yang mahu kau jayakan impian.
Ok impi sesuatu sekarang. Bila dateline? Kau tentukan.

Dan cinta yang gagal?
No comments:
Post a Comment