Sebenarnya aku
tak pernah terfikir yang aku akan menulis cerpen dan sajak. Sebab aku ini bukan
yang jenis membaca, mengarang dan mencerita. Tetapi tahun ini aku mencuba
sesuatu yang baru. Semester ini aku ditugaskan untuk menyiapkan dua buah cerpen
dan lima buah sajak. Sajak pada aku boleh terima lagi, lima tu apatah sangat
tapi cerpen? Dua buah pulak tu!! Bila ditanya berapa muka surat untuk satu
cerpen? Beliau mengatakan paling minima 20 muka surat. 20 muka surat? Mati la
nakkk! Haha
Tapi aku ambil
ini sebagai satu cabaran yang terbesar dalam hidup aku. Sebelum ni mana mampu
aku nak menulis semua benda macam ni. Tengok buku pun dah tutup ini kan pula
nak mengarang Lima minggu pertama aku tidak mulakan satu huruf pun, malas
katanya. Aku hanya menulis sajak dahulu untuk permulaan, mungkin sebab itu
salah satu tugas yang agak senang mungkin. Haha. Selepas minggu tersebut aku
menonton Filem sains fiksyen dari negara barat. Selepas itu aku terdetik untuk
menulis cerita bergenre sains fiksyen yang bertajuk Tiba. Cerita ini
mengisahkan seorang budak yang mempunyai penyakit aneh dan kesitimewaan nya itu
menjadi tumpuan seluruh agensi penyelidikan untuk mengkaji beliau. Sementara
bumi ketika itu memerlukan vaksin untuk merawat penyakit yang sedang melanda
dan hanya budak itu sahaja harapan bumi ketika itu. Cerpen kedua pula bertajuk
Bangkit Lagi. Cerpen ini mengisahkan seorang budak yang dahulu teruk dalam
kehidupan bangkit mengejar impian dan cita-cita.
Sebenarnya ada
pahit manis dalam mengarang cerpen ini antaranya aku memaksa mata untuk berjaga
malam,lupakan waktu petang dan cuti untuk menyiapkan karya agung ini. Cewahh haha.
Alhamdulillah dengan berkat usaha,doa dan tawakal aku sempat menyiap tugasan
ini dalam tempoh yang di tetapkan.
Sebagai tanya
kebanggan, keriakan ,aku review kan sikit sajak yang aku karang. Haha ( gurau
je tau )
SAJAK
DAN PUISI
Sajak dan puisi adalah
sebuah ruang yang terbentang
luas
di mana aku bebas
bernafas panjang
Di sini,
Aku lah si ahli astronomi
Yang leka mengamati
bintang
Di dada cakerawala
Di sini,
Aku lah si majnun
Yang rakus menggugus
Bait terindah buat Layla
Di sini
Aku lah si betapa
Yang tahu hidup itu bukan
hidup
Jika tak bertemankan mati
Di sini,
Aku tak perlu lagi
Berpura-pura atau
sembunyi
No comments:
Post a Comment