Bila kita cuba bersenang pasti ada
sahaja yang tidak suka. Meski kita berbuat baikpun pasti sahaja ada yang tak
kena. Tipu lah dalam dunia ini semua orang suka kita. Tapi apa boleh buat hidup
perlu di teruskan, biar banyak rintangan yang melanda asalkan kau kuat diri
berteduh pada yang esa. Sajak ini sahaja aku nukilkan buat haters yang disana
Ada. Di dalam diam dia berjenaka,
tentang hidup kau dijadikan bual bicara
Seperti kenal seratus penuh diri kau
siapa.
Ada. Di depan dia senyum. Memegang
watak manusia paling jujur di dunia
Bila kau hilang, bibir mula tabur
celak
Segala tentang kau, asalkan ada
Ada. Sentiasa ada , tidak pernah
mencapai penat
Terus berusaha buat kau hilang muka
Lihat kau jatuh harapan utama
Ada. Ada masa kau cuma tersenyum
memerhati
Kerana kau lansung tidak pernah peduli
No comments:
Post a Comment