Pada 11 hingga
17 November lalu saya telah dipilih oleh Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (
Angkasa ) sebagai salah satu sukarelawan untuk Persidangan Global dan
Perhimpunan Agung Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICAKL 2017) yang berlangsung di
Hotel Sunway dan Spa, Bandar Sunway, Selangor dalam memartabatkan penglibatan
koperasi daripada seluruh dunia. ICAKL 2017 bertemakan Koperasi Memartabatkan
Masyarakat Dalam Arus Pembangunan melibatkan lebih 300 organisasi dan 1,500
peserta daripada seluruh dunia yang akan bersama selama seminggu di sini.
Disini kami dikumpulkan bukan sahaja
sukarelawan dari UPM malah dari pelbagai buah Universiti lain seperti UiTM
Puncak Alam, UIA dan KUIS. Persidangan selama satu minggu tersebut mejadi
hubungan kami sangat akrab sehingga sekarang. Kami bagaikan satu keluarga kecil
yang yang menjalankan amanah yang diberi. Saya ditugaskan untuk menjadi
pendaftar di kaunter pendaftaran untuk para delegate datang mendaftar. Selain
itu saya juga ditugaskan untuk menjadi pembantu peribadi untuk delegate dari
Canada dalam membantu menjalankan tugasan harian mereka. Kami diberikan penginapan di Sunway Hotel Clio
iatu bersebelahan dengan Sunway Pyramid M
all. Penginapan dan kemudahan yang
pihak penganjur tawarankan sangat puas hati. Pelbagai pengalaman yang tak dapat
saya ungkapkan dengan kata-kata. Dikatakan manis itu amat banyak dari yang
pahit rasanya. Disitu juga saya ditugaskan untuk menjadi ketua sekarelawan
untuk kumpulan tersebut. Memang pada mulanya amt berat tapi lama kelamaan itu
merupakan medium untuk saya mengenali mereka dengan lebih rapat. Terima kasih
ANGKASA kerana memberi peluang untuk saya dan kawan-kawan. Inn shaa Allah ada
rezeki jemputlah kami lagi. haha
No comments:
Post a Comment