Bagi
mereka yang lahir selepas tahun 2000 dan tidak mengenali filem Jumanji, ia
merupakan sebuah filem adventure yang diterbitkan pada tahun 1995
dibintangi mendiang Robin Williams, Kristen Dunst dan Bonnie Hunt. Ia
mengisahkan sebuah permainan papan ajaib yang membawa pemainnya ke satu alam
safari. Filem ini kini mendapat sequel yang dimodenkan berupa sebuah filem
bertajuk Jumanji Welcome to the Jungle. Saya berpeluang menontonnya dan di sini
saya memberi sedikit ulasan mengenainya.
JUMANJI
WELCOME TO THE JUNGLE [REVIEW]
Jumanji
Welcome to the Jungle merupakan sequel kepada filem asal Jumanji yang
diterbitkan pada tahun 1995. Pada ketika itu, watak utamanya telah mencampakkan
permainan papan tersebut ke dalam sungai dengan harapan tiada sesiapa
menjumpainya. Tetapi dalam filem sequel ini permainan papan Jumanji ditemui
oleh seorang remaja pada tahun 1996 yang kemudiannya membawanya pulang. Mungkin
kerana keajaiban papan tersebut, ia telah bertukar mengikut citarasa remaja
pada tahun 1996 yang lebih gemar bermain permainan video berbanding permainan
papan.Remaja yang bernama Alex itu telah menemui konsol permainan Jumanji itu
dan mencubanya. Tanpa disangka, beliau disedut masuk ke dalam permainan
tersebut.
Kemudian,
pada tahun 2017 sekumpulan 4 remaja yang dikenakan kelas tahanan disuruh
mengenaskan sebuah bilik di sekolah yang akan dijadikan bilik komputer. Semasa
mengemas, mereka telah menjumpai konsol permainan Jumanji di antara barangan
lusuh yang ada di dalam bilik tersebut. Kerana sifat ingin tahu mereka
menyambungkannya kepada TV dan cuba bermain. Tanpa disangka, mereka berempat
disedut masuk ke dalam permainan itu. Bermulalah pengembaraan mereka dalam misi
menyelamatkan dunia Jumanji.
Tontonlah
filem ini untuk mengetahui kesudahannya
REVIEW
Seingat
saya filem asal Jumanji lakonan Robin Williams merupakan salah satu filem
adventure yang terhebat pada ketika itu.
Ia penuh dengan aksi yang mendebarkan dan admin masih ingat berasa cemas
memikirkan bagaimana watak Robin Williams bernama Alan Parrish hidup
berseorangan di dunia Jumanji yang kejam.
Trivia:
dalam filem sequel ini terdapat “easter egg” yang merujuk kepada watak Alan
Parrish.
Dalam
filem terbaharu ini, komedi diberi lebih keutamaan dalam jalan ceritanya. Lawak
jenaka sememangnya dialu-alukan, namun terdapat lawak jenaka dalam filem ini
yang sedikit kotor dan tidak sesuai untuk golongan bawah 16 tahun. Namun ia
tidaklah keterlaluan. Babak-babak aksi pengembaraannya mantap dan menghiburkan.
Ini
ditambah pula dengan watak-watak yang sungguh bertenaga yang dilakonkan barisan
pelakon yang berbakat. Namun, bagi kami, banyak perkara yang boleh ditambah baik
seperti pengarah boleh menerapkan lebih banyak elemen-elemen RPG (Role Playing
Game) ke dalam filem ini bagi menjadikannya lebih menarik serta menambahkan
lagi kerumitan teka-teki yang perlu diselesaikan kumpulan pemain itu.
Tetapi
secara keseluruhan, filem ini sangat menghiburkan dan sememangnya mampu
menceriakan hari anda, rakan dan keluarga jika menontonnya, selagi anda tidak
mengharapkan satu jalan cerita yang kompleks. Jalan ceritanya santai,
watak-wataknya bertenaga dan lucu serta aksi-aksinya menghiburkan.
KESIMPULAN
Filem
Jumanji Welcome to the Jungle merupakan sebuah filem santai, tidak lebih dari
itu. Ia mempunyai adunan tepat antara komedi, aksi dan drama remaja. Sesuai
untuk anda yang melepaskan tekanan di hujung minggu atau membawa keluarga
bersantai. Namun saya tidak rasa anda akan memperkatakan mengenai filem ini
selepas keluar dari panggung. Apa pun, saya tidak boleh menafikan filem ini
sebuah filem yang menghiburkan dan saya yakin ia akan mendapat sambutan baik
dalam minggu-minggu akan datang, dibukitkan oleh kepadatan penonton di panggung
saya hari ini.
PENILAIAN:
9.5/10
No comments:
Post a Comment