Alhamdulillah
untuk semuanya. Tahun 2017 menyaksikan kedatangan orang dan keadaan baru dalam
hidup sebahagian kita dan juga kehilangan dalam hidup sebahagian yang lain.
2017 juga banyak mengajar dan memberi pelbagai kenangan tersendiri kepada aku.
Dalam banyak
hal, minat & semangat sahaja tidak cukup. Perlu ada ilmu. Mungkin dalam
perkara yang kita tak minat itu, wujudnya kelebihan kita. 2017 juga mengajar aku
erti sederhana sebenar. Betapa jangan terlalu mudah percaya. Dan jangan pula
tidak langsung memberi peluang. Diri kita ini yang paling memerlukan banyak
peluang. Kena memaafkan diri & yakin kita ini ada kelebihan (namun masih
perlu merendah hati). Tahun ini juga masih diizinkan Tuhan untuk aku mengenali
ramai manusia baik dan hebat-hebat. Ada yang masih kekal dan ada yang baru
kenal.
2017 juga
memberi definisi tersendiri tentang pengorbanan. Perubahan tak akan datang
tanpa melakukan sesuatu yang besar. Sukar tapi boleh. Kemampuan itu wujud dalam
diri setiap kita. Cuma perlu letak rasa yakin bahawa kita boleh jika cuba.
Terlalu banyak alasan mampu melemahkan.
Bagi aku 2017
merupakan salah satu tahun yang sangat bermakna dalam hidup ini, banyak
kenangan yang aku ukir Bersama sahabat dan juga ahli keluarga. Tahun dimana aku
cuba mengenal semuanya,tahun dimana aku membesar dengan lebih matang dan
dewasa.
Apapun yang kita
lalui, tidak seharusnya buat kita mengalah untuk menghadapi hari depan. Perkara
lepas, untuk mengajar & lebih menguatkan.
Selamat datang 2018!
Watch out! I’m looking forward for you!
No comments:
Post a Comment