Apabila anda
berkata, Perlis pernah pasukan yang hebat satu ketika dahulu, ‘budak-budak’
sekarang menganggap kita sedang buat kelakar dan ada yang membuka google untuk
sahkan fakta ini.
Perlis Singa
Utara
Indah dan garang
nama itu dan kerap dicanang serta diteriak oleh pengulas di TV. Nama yang asyik
ke final satu ketika dahulu. Perlis antara pasukan yang berada dalam senarai
keluarga juara setakat ini, bersama-sama dengan 7 lagi pasukan lain sejak liga
Super dijenamakan semula pada 2004. Era selepas milenia, kita menyaksikan
kehebatan pasukan ini menjadi ‘giant-killer’ yang merobek ego pasukan yang
besar di Malaysia.
Selepas 2004
Dari tahun
2004-2008, mereka mara sebanyak 6 kali dalam pentas Piala Domestik (cup
competitions – Piala Malaysia dan piala FA). 2 Piala Malaysia dibawa balik pada
2004,2006.
Nasib tidak
menyebelahi mereka dalam Piala FA. Tewas kesemua 3 final, 2003, 2006, 2007. 3
Kali beraksi dalam perebutan Piala Sumbangsih. 2 daripadanya dibawa pulang ke
Perlis.
Romantisme
Perlis dan Piala Malaysia
Kisah menarik
adalah mereka mara 3 kali berturut-turut ke pentas final Piala Malaysia pada
2004,2005,2006. Negeri yang kecil tetapi pasukan bola sepak mereka sangat
digeruni. Perlis adalah pasukan yang berjuang dengan cara bola sepak mereka
sendiri. Perlis kerap hadir dengan status ‘underdog’ dengan tekanan sangat
rendah di dalam padang. Era Norizan Bakar pada 2004, adalah antara titik tolak
penting dalam sejarah pasukan Perlis. Pasukan yang dibarisi nama-nama seperti:
Yusri Che Lah
yang dibawa masuk dari Perak. Zainuddin Ariffin dan Manzoor Azwira Abdul Wahid
yang dibawa masuk dari Kedah.
Tidak lupa nama
seperti Mohd. Khairi Zainuddin, Mohd. Faizal Esahar, Tengku Hazman Raja Hassan,
Mohamad Kaironnisam Shahabudin Hussein, Adrien Jurad Chamrong, Amran Omar,
Mohd, Anis Faron Arsidi, Mohd. Nazaruddin Zain, Rafiz Abu Bakar, Roslee Md.
Derus, Feriza Ismail dan Azizi Mat Rose.
Barisan import
mereka diperkuatkan oleh Joao Bandoch dan pemain sensasi Phillimon Chipeta.
Piala
Malaysia 2004
Musim 2004
mereka berjaya mengakhiri penantian yang cukup lama untuk penyokong Perlis
melihat Singa Utara menjulang Piala Malaysia. Sepanjang malam Phillemon Chipeta
dan Lamin Conte didiamkan oleh pertahanan berprofil tinggi dalam sejarah Liga
M, Bernard Huggin dan Victor Andraag. Namun, dengan satu lontaran misil dari
Adrien Jurad Chamrong yang menewaskan penjaga gol Megat Amir Faisal terus
mentutup cerita kehebatan dominasi Kedah dan kisah bek Kenari merantai
penyerang berbisa Perlis di dalam perlawanan ini. Perlis juara dengan kemenangan 1-0. Anda rasa
ia kebetulan? Atau memang lontaran Jurad Chamrong antara ancaman bahaya ketika
itu?
Daripada
giant killer mereka sendiri menjadi gergasi
005 adalah
testimoni sebenar kegemilangan bola sepak Perlis di negara kita. Singa Utara
menjadi juara Liga Super pada 2005. Setiap pasukan yang mahu melengkapkan
sejarah kegemilangan mereka, hendaklah ada koleksi Liga Utama dalam kabinet
mereka. Perlis sudah menepati piawaian itu ketika itu. Bukan mudah untuk
menjuarai liga. Ia tidak sama dengan ‘cup competitions’. Kejuaraan liga
menuntut konsistensi, ketahanan dan juga pengurusan pasukan yang cekap. 10 mata
mereka meninggalkan Pahang di tangga ke-2 dan 15 mata dari pasukan di tangga
ke-3 Perak.
Musim 2006
Musim 2006
(2005/06), mereka mara sekali lagi ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Kali ini
mereka menebus kekecewaan di tangan Selangor dengan menewaskan pasukan Negeri
Sembilan 2-1. Final kali ini. lontaran jauh Jurad Chamrong sekali lagi menjadi.
Kali ini ia menghasilkan bantuan gol kepada gol kepada Chipeta. Ini adalah
jawapan kepada anda yang rasakan lontaran Jurad Chamrong pada final Piala
Malaysia 2004 adalah nasib. Ia lebih kepada kualiti teknikal. Perlis menang
2-1. Simukonda penjaring gol kedua Perlis. Christian Bekamenga menjaringkan gol
tunggal Negeri Sembilan. Mereka turut beraksi dalam final Piala FA 2006, namun
tewas dalam penentuan penalti 4-2 di tangan Pahang.
Musim 2007
Musim 2007,
mereka memulakan kempen dengan menjulang Piala Sumbangsih. Mereka
mempertahankannya pada musim 2008. Musim 2009, mereka berjaya menduduki tempat
ke-2 dalam Liga Super.
Singa Utara
diserang barah!
Namun entah
mengapa. Perlis kemudian merosot teruk. Pada musim 2011 mereka tersingkir ke
Liga Premier untuk musim 2012. Mereka pernah beraksi di Liga FAM pada 2015.
Liga yang tidak sepatutnya untuk mereka beraksi.
Ego pasukan
Perlis calar. Namun mereka bangkit dari Liga FAM dan layak ke Liga Premier.
Peminat mereka sangat kecewa dengan penstrukturan yang lemah oleh badan bola
sepak mereka.
Projek
‘Harapan’ 2016
Musim 2016,
mereka cuba bangkit dengan perbelanjaan besar mendapatkan khidmat bekas
jurulatih kebangsaan Dollah Salleh. Membawa masuk beberapa nama yang dianggap
besar. Tetapi mereka lupa yang nama seperti:
Sumareh, Kayne
Vincent, Obinna Nwaneri, Mohd Afif Amiruddin, Saiful Amar Sudar dan ramai lagi
dengan kos yang agak tinggi untuk pasukan Liga Premier.
Beberapa pemain
lain turut pernah menyarung jersi mereka untuk seketika seperti Damion Stewart,
Charles Chad Souza dan Park Yong-joon.
Ramai
berpendapat, mereka membentuk pasukan setaraf liga Super. Ramai juga yang
meramalkan mereka akan layak ke Liga Super dengan mudah. Hasilnya sangat
menghampakan. Mereka hanya mampu menamatkan liga di tangga ke-6.
‘Projek Harapan’
yang menjadi ‘Projek Harapan Palsu’.
Cerita Musim
2017
Musim ini mereka
terus bergelut. Menang 2, Seri 3 kali dan sudah kalah 9 kali daripada 14
perlawanan awal Liga Premier.
Harapan untuk ke
Liga Supers seakan-akan tertangguh sekali lagi. Misi mereka kini untuk kekal di
Liga Premier. Ditolak 6 mata dan dikembalikan 3 mata selepas itu. Dan sekarang tersingkir semula ke liga FAM
Masih mencari
identiti
Itulah kisah
bola sepak Perlis dari era kegemilangan mereka di antara pertengahan dekad
antara 2000-2010. Mereka berhadapan kejatuhan drastik pada 2012 dan mereka
tidak ada formula menanganginya.
Pasukan Perlis
kini seakan-akan berhadapan dengan krisis identiti dan hilang karakter dalam
jiwa pemain merek. Mana perginya semangat pasukan Perlis yang berjiwa besar
seperti satu ketika dahulu?
Bagi generasi
muda hari ini, nama Perlis FA hanyalah tempelan dalam liga Malaysia. Namun bagi
orang yang melalui detik Liga Malaysia fasa Milenia, pasukan ini berhak untuk
dihormati dan kerap membuatkan penyokong lain kecewa. Bagi pemain Perlis yang
sedang menyarung jersi Perlis yang ada pada hari ini, jadikan sejarah pasukan
ini sebagai pembangkit semangat. Jangan jadikan ia sekadar sejarah untuk
dikenang. Jika ada pemain Perlis hairan kenapa penyokong mereka marah dengan
prestasi pasukan mereka sekarang, kisah inilah jawapannya.Satu ketika dahulu,
lagenda-lagenda ini membina kegemilangan bola sepak Perlis, tetapi sayangnya
generasi selepas itu gagal, sekurang-kurangnya untuk beraksi dalam liga utama.
Mana semangat
kamu dalam jersi Singa Utara?