Kalau dulu masalah pertama saya
semasa di Sarawak adalah balik. Ya balik. Kalau balik rumah naik boleh bas tiada
masalah sangat, ini kena naik kapal terbang. Beli tiket kapal terbang bukan
boleh beli macam tiket bas, kena ada cara dia juga. Setelah beberapa tahun
menetap kat bumi kenyalang saya dah belajar beberapa cara untuk menjimatkan kos
penerbangan ini. Okay kali ni izinkan saya kongsikan trick atau cara macam mana
nak dapatkan tiket flight dengan harga lebih murah. Bunyi macam menarik kan? Haha
Awal vs Akhir
Air Asia vs
Malaysia Airlines
Air Asia =
tempah awal (6-12 bulan)
Malaysia
Airlines = tempah akhir (kurang dari 1 bulan)
Tempah Hari Selasa & Rabu
Selasa dan
Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk beli tiket flight. Majoriti
syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa
jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan
penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan
statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket
pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.
Buang'Cookies'
Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!
Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!
Bandingkan Harga
Jangan malas untuk google dan
bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain.
Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Awak akan
terkejut sebab kadang-kadang akan
jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama.
Berikut merupakan search engine yang saya kerap gunakan untuk travel:
1. Skyscanner
2. CheapFli
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software
Hukum ‘Bas Lompat’
Seperti konsep ‘bas lompat’ yang jauh
lebih murah, tiket penerbangan juga mempunyai konsep yang sama. Bergantung
kepada anda untuk ‘membeli masa’ anda dengan mengambil penerbangan terus atau
penerbangan yang mempunyai beberapa hentian. Macam contoh dulu saya guna alternative
balik ke semenajung dengan cara BTU-KCH-JBH-KUL. Percaya atau tidak dengan
kaedah ini saya dapat kurangkan separuh dari harga asal BTU-KUL! Tapi memang leceh
sikitlah nak kena tunggu lama. Haha
Media Sosial, Laman Sesawang Rasmi
Operator Penerbangan
Jangan malu dan segan untuk mengikuti
media sosial & laman sesawang syarikat penerbangan seperti di Facebook,
Twitter untuk maklumat terkini promosi yang diberikan. Macam saya dulu dapat
tahu dari twitter yang Airasia tengah buat promotion merdeka so saya terus beli
tiket. KUL-BTU-KUL-AOR hanya RM 160 untuk Tiga kali penerbangan!
Pelanggan Setia Hujung Nyawa
Setiap kesetiaan yang dicurahkan
pasti ada ‘bayarannya’. Kesetiaan kepada sesuatu syarikat penerbangan pastinya
akan lebih berbaloi apabila kita memdapat mata ganjaran, keistimewaan penumpang
dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment