Selepas diploma
aku tamat pada awal Mac tahun ini , aku sempat mengambil peluang untuk berkerja
sambilan di salah sebuah syarikat minyak dan gas yang termuka di Malaysia &
juga dunia iaitu Petronas. Sebelum itu aku dan beberapa sahabat aku yang lain perlu
melalui sesi temuduga terlebih dahulu. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan
kami semua diterima sebagai salah satu dari keluarga besar Petronas. Kami
ditempat di Petronas MLNG Complex iaitu salah satu Kompleks Minyak dan Gas yang
terbesar di dunia. Alhamdulillah dapat merasa pakai baju kuning, selalu tengok
dalam tv ja. Haha. Kami berkerja sebagai “Stock Checker” iaitu dibawah bahagian
audit. Kami berkerja dengan kontrak selama 47 hari sahaja. Kami ditugas untuk
kira stock di kesemua Gudang yang terdpat dalam Kompleks tersebut termasuk
Gudang yang terdapat dalam Plant. Plant? Apa itu? Plant itu macam tempat proses
minyak dan gas yang berskala besar. Sekali tengok macam pusat proses industri
yang sangat rumit haha ( benar aku pun takt ahu sangat ).
Okay berbalik pada cerita tadi, selama
bertugas di sana pelbagai karenah manusia yang aku Nampak. Maklumlah dah masuk
alam kerja ,tapi aku jadikan itu sebagai satu cabaran untuk aku pergi lebih
jauh. Meningkatkan kualiti yang sedia ada pada diri. Disini aku dengan 24 ahli
pasukan yang lain seakan satu keluarga. Tiap-tiap hari muka sama, makan pun
sama-sama kerja sama-sama , balik pun sama-sama. Haha. Disini jugak aku beljar
keperitan mencari rezeki di perantauan, ya lah dulu cari ilmu , bila dah cari
rezeki lain pula perasaan dia. Haha. Kami di beri tempoh untuk menyiapkan
projek kami pada setiap Gudang yang dikehendaki. Terdapat 7 buah Gudang yang
dimana setiap satu Gudang tersebut mempunyai lebih daripada 300 000 item yang
perlu dikira. Sumpah banyak gila nak kira mulanya tapi lama kelamaan ia menjadi
perkara biasa dan Alhamdulillah kami Berjaya siapkan kesemua kiraan dalam
jangka masa yang ditetapkan. Tempoh bertugas kami berakhir pada tarikh 27 Mei
2017.
Segala suka dan duka kami sepanjang Bersama diraikan dengan satu majlis
kecil yang dihadiri oleh Pegawai tertinggi Petronas dan memberikan kami
penghargaan sebagai tanda kenang-kenangan. Betullah orang cakap pengalaman itu
mendewasakan kita dan bila kita belajar dari pengalaman orang lain juga akan
membuatkan kita lebih matang dari orang lain. Terima kasih Petronas kerana
memberi peluang pada kami! Inn shaa Allah suatu hari nanti jika diberikan
rezeki sudah tentu aku mahu sarung baju kuning Bersama logo Petronas disisi!
No comments:
Post a Comment