Alhamdulillah
penat aku selama tiga tahun di bumi Sarawak akhirnya terbayar juga. Pada 7
November lepas merupakan salah satu kenangan yang aku tidak akan lupakan sampai
bila-bila. Hari dimana aku memakai jubah, bersama topi berjalan diatas pentas
sambil mengenggam segulung diploma. Hari itu dimana kau merasa kegembiraan
terpancar di seluruh muka kawan-kawan, hari dimana semua kelihatan bergaya
mengena busana jubah istihadat konvensyen, hari dimana perasaan bangga
menyelubungi diri dan hari di mana ibu ayah senyum hingga ke pipi melihat aku
menamatkan sisa perjuangan hidup aku. Pada kawan-kawan seperjuangan terima
kasih kerana memberi aku kenangan yang tak mungkin aku lupakan sampai aku mati.
Pertemuan kita mungkin terhenti tapi ikatan dan kenangan akan aku ingat sampai
titisan darah ini terhenti.
Perjuangan yang
aku tempuh selama tiga tahun ada pahit manisnya. Pernah sekali aku terfikir
untuk berhenti belajar tapi aku buka talefon lihat muka ibu ayah. Terus aku
padam niat buat ke tingkap. Tiga tahun aku tunggu saat ini dan tiga tahun
jugalah aku simpan kerusi dalam dewan yang besar ini untuk ibu dan ayah. Aku
tuju segulung diploma ini untuk kamu berdua, insan yang pada mula dating sini
dengan tiada apa-apa dan memberi aku segalanya.
No comments:
Post a Comment