Saturday, 28 October 2017

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017


Pada Ogos tahun ini, Malaysia telah menjadi tuan rumah atau host untuk Sukan Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai SEA Games Kuala Lumpur 2017. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada temasya paling hebat di rantau ini. Aku dilantik sebagai Sukarelawan untuk SEA Games KL17 dalam bidang protokol. Ia merupakan salah satu kenangan yang takkan aku lupakan sepanjang 21 tahun hidup di bumi Allah ini.






Pelbagai kenangan manis yang aku peroleh semasa menjalankan amanah ini. Ya sangat manis sekali. Aku ditempatkan di Kuala Lumpur Convenction Centre atau KLCC untuk acara Wushu & Judo. Sebelum ini aku tidak pernah melihat acara sebegini dengan sebegitu di depan mata,tapi kali ini ia merupakan salah satu benda yang perlu aku menilai dengan lebih dekat. Di sini aku tempat dengan pasukan protokol yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Pelajar, usahawan , askar & pegawai kerajaan yang lain. Alhamdulillah aku di berikan sebuah pasukan yang sangat-sangat baik,meriah,masuk kepala dan memahami antara satu sama lain. Pada mulanya memang agak janggal tetatpi lama kelamaan ian berubah dari orang tidak dikenali kepada keluarga yang tak mungkin aku lupakan sampai mati.







 Aku bertugas dengan mereka dari 17 Ogos sehingga 31 Ogos lepas. Ya hari hari Bersama mereka merupak rutin harian bagi aku. Bidang kerja aku tertumpu kepada majlis penyampai hadiah. Di situ aku dengan ahli pasukan yang lain diberi mandate untuk menyediakan medal di atas dulang dan membawa masuk ke acara penyampaian hadiah. Kira ada peluang masuk tv lah haha.



Jauh dari anggan dan impian untuk berada dekat dengan perkara-perkara sebegini. Memegang medal Sukan SEA, dapat kenal dengan atlet Malaysia & luar serta VVIP yang turut hadir ke acara tersebut. Ya beruntung sekali aku rasa ketika itu. Antara VVIP yang sempat berjumpa adalah YB Khairy Jamaludin, DS Najib Razak, DYMM YDA Sultan Mohammad IV, Prince Brunei Abdul Abdul Mateen dan banyak lagi. Aku jugak diberi kesempatan untuk bersama sama menjadi sebahagian dari acara pembukaan dan penutup untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Kenangan manis dapat ku ukir hanya dengan ucapan syukur Alhamdulillah atas kurnia yang Allah swt beri.

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012