Wednesday, 29 November 2017

Sukarelawan ICA Kuala Lumpur 2017




Pada 11 hingga 17 November lalu saya telah dipilih oleh Angkatan Koperasi Malaysia Berhad ( Angkasa ) sebagai salah satu sukarelawan untuk Persidangan Global dan Perhimpunan Agung Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICAKL 2017) yang berlangsung di Hotel Sunway dan Spa, Bandar Sunway, Selangor dalam memartabatkan penglibatan koperasi daripada seluruh dunia. ICAKL 2017 bertemakan Koperasi Memartabatkan Masyarakat Dalam Arus Pembangunan melibatkan lebih 300 organisasi dan 1,500 peserta daripada seluruh dunia yang akan bersama selama seminggu di sini.







 Disini kami dikumpulkan bukan sahaja sukarelawan dari UPM malah dari pelbagai buah Universiti lain seperti UiTM Puncak Alam, UIA dan KUIS. Persidangan selama satu minggu tersebut mejadi hubungan kami sangat akrab sehingga sekarang. Kami bagaikan satu keluarga kecil yang yang menjalankan amanah yang diberi. Saya ditugaskan untuk menjadi pendaftar di kaunter pendaftaran untuk para delegate datang mendaftar. Selain itu saya juga ditugaskan untuk menjadi pembantu peribadi untuk delegate dari Canada dalam membantu menjalankan tugasan harian mereka. Kami diberikan penginapan di Sunway Hotel Clio iatu bersebelahan dengan Sunway Pyramid M




all. Penginapan dan kemudahan yang pihak penganjur tawarankan sangat puas hati. Pelbagai pengalaman yang tak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Dikatakan manis itu amat banyak dari yang pahit rasanya. Disitu juga saya ditugaskan untuk menjadi ketua sekarelawan untuk kumpulan tersebut. Memang pada mulanya amt berat tapi lama kelamaan itu merupakan medium untuk saya mengenali mereka dengan lebih rapat. Terima kasih ANGKASA kerana memberi peluang untuk saya dan kawan-kawan. Inn shaa Allah ada rezeki jemputlah kami lagi. haha

Saturday, 25 November 2017

Little minion in Big Company!




Selepas diploma aku tamat pada awal Mac tahun ini , aku sempat mengambil peluang untuk berkerja sambilan di salah sebuah syarikat minyak dan gas yang termuka di Malaysia & juga dunia iaitu Petronas. Sebelum itu aku dan beberapa sahabat aku yang lain perlu melalui sesi temuduga terlebih dahulu. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kami semua diterima sebagai salah satu dari keluarga besar Petronas. Kami ditempat di Petronas MLNG Complex iaitu salah satu Kompleks Minyak dan Gas yang terbesar di dunia. Alhamdulillah dapat merasa pakai baju kuning, selalu tengok dalam tv ja. Haha. Kami berkerja sebagai “Stock Checker” iaitu dibawah bahagian audit. Kami berkerja dengan kontrak selama 47 hari sahaja. Kami ditugas untuk kira stock di kesemua Gudang yang terdpat dalam Kompleks tersebut termasuk Gudang yang terdapat dalam Plant. Plant? Apa itu? Plant itu macam tempat proses minyak dan gas yang berskala besar. Sekali tengok macam pusat proses industri yang sangat rumit haha ( benar aku pun takt ahu sangat ).












 Okay berbalik pada cerita tadi, selama bertugas di sana pelbagai karenah manusia yang aku Nampak. Maklumlah dah masuk alam kerja ,tapi aku jadikan itu sebagai satu cabaran untuk aku pergi lebih jauh. Meningkatkan kualiti yang sedia ada pada diri. Disini aku dengan 24 ahli pasukan yang lain seakan satu keluarga. Tiap-tiap hari muka sama, makan pun sama-sama kerja sama-sama , balik pun sama-sama. Haha. Disini jugak aku beljar keperitan mencari rezeki di perantauan, ya lah dulu cari ilmu , bila dah cari rezeki lain pula perasaan dia. Haha. Kami di beri tempoh untuk menyiapkan projek kami pada setiap Gudang yang dikehendaki. Terdapat 7 buah Gudang yang dimana setiap satu Gudang tersebut mempunyai lebih daripada 300 000 item yang perlu dikira. Sumpah banyak gila nak kira mulanya tapi lama kelamaan ia menjadi perkara biasa dan Alhamdulillah kami Berjaya siapkan kesemua kiraan dalam jangka masa yang ditetapkan. Tempoh bertugas kami berakhir pada tarikh 27 Mei 2017. 


Segala suka dan duka kami sepanjang Bersama diraikan dengan satu majlis kecil yang dihadiri oleh Pegawai tertinggi Petronas dan memberikan kami penghargaan sebagai tanda kenang-kenangan. Betullah orang cakap pengalaman itu mendewasakan kita dan bila kita belajar dari pengalaman orang lain juga akan membuatkan kita lebih matang dari orang lain. Terima kasih Petronas kerana memberi peluang pada kami! Inn shaa Allah suatu hari nanti jika diberikan rezeki sudah tentu aku mahu sarung baju kuning Bersama logo Petronas disisi!

Trick beli tiket flight murah



Kalau dulu masalah pertama saya semasa di Sarawak adalah balik. Ya balik. Kalau balik rumah naik boleh bas tiada masalah sangat, ini kena naik kapal terbang. Beli tiket kapal terbang bukan boleh beli macam tiket bas, kena ada cara dia juga. Setelah beberapa tahun menetap kat bumi kenyalang saya dah belajar beberapa cara untuk menjimatkan kos penerbangan ini. Okay kali ni izinkan saya kongsikan trick atau cara macam mana nak dapatkan tiket flight dengan harga lebih murah. Bunyi macam menarik kan? Haha

Awal vs Akhir
Air Asia vs Malaysia Airlines
Air Asia = tempah awal (6-12 bulan)
Malaysia Airlines = tempah akhir (kurang dari 1 bulan)

Tempah Hari Selasa & Rabu
Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk beli tiket flight. Majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

Buang'Cookies'
Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!

Bandingkan Harga
Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Awak akan
terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang saya kerap gunakan untuk travel:

1. Skyscanner
2. CheapFli
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software

Hukum ‘Bas Lompat’
Seperti konsep ‘bas lompat’ yang jauh lebih murah, tiket penerbangan juga mempunyai konsep yang sama. Bergantung kepada anda untuk ‘membeli masa’ anda dengan mengambil penerbangan terus atau penerbangan yang mempunyai beberapa hentian. Macam contoh dulu saya guna alternative balik ke semenajung dengan cara BTU-KCH-JBH-KUL. Percaya atau tidak dengan kaedah ini saya dapat kurangkan separuh dari harga asal BTU-KUL! Tapi memang leceh sikitlah nak kena tunggu lama. Haha

Media Sosial, Laman Sesawang Rasmi Operator Penerbangan
Jangan malu dan segan untuk mengikuti media sosial & laman sesawang syarikat penerbangan seperti di Facebook, Twitter untuk maklumat terkini promosi yang diberikan. Macam saya dulu dapat tahu dari twitter yang Airasia tengah buat promotion merdeka so saya terus beli tiket. KUL-BTU-KUL-AOR hanya RM 160 untuk Tiga kali penerbangan!

Pelanggan Setia Hujung Nyawa
Setiap kesetiaan yang dicurahkan pasti ada ‘bayarannya’. Kesetiaan kepada sesuatu syarikat penerbangan pastinya akan lebih berbaloi apabila kita memdapat mata ganjaran, keistimewaan penumpang dan lain-lain.

Wednesday, 15 November 2017

Hari Konvensyen UPM ke 41




Alhamdulillah penat aku selama tiga tahun di bumi Sarawak akhirnya terbayar juga. Pada 7 November lepas merupakan salah satu kenangan yang aku tidak akan lupakan sampai bila-bila. Hari dimana aku memakai jubah, bersama topi berjalan diatas pentas sambil mengenggam segulung diploma. Hari itu dimana kau merasa kegembiraan terpancar di seluruh muka kawan-kawan, hari dimana semua kelihatan bergaya mengena busana jubah istihadat konvensyen, hari dimana perasaan bangga menyelubungi diri dan hari di mana ibu ayah senyum hingga ke pipi melihat aku menamatkan sisa perjuangan hidup aku. Pada kawan-kawan seperjuangan terima kasih kerana memberi aku kenangan yang tak mungkin aku lupakan sampai aku mati. Pertemuan kita mungkin terhenti tapi ikatan dan kenangan akan aku ingat sampai titisan darah ini terhenti.



Perjuangan yang aku tempuh selama tiga tahun ada pahit manisnya. Pernah sekali aku terfikir untuk berhenti belajar tapi aku buka talefon lihat muka ibu ayah. Terus aku padam niat buat ke tingkap. Tiga tahun aku tunggu saat ini dan tiga tahun jugalah aku simpan kerusi dalam dewan yang besar ini untuk ibu dan ayah. Aku tuju segulung diploma ini untuk kamu berdua, insan yang pada mula dating sini dengan tiada apa-apa dan memberi aku segalanya.
 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012