Bismillahhirahmanirahim , setelah beberapa tahun melenyapkan diri dalam dunia blogger akhir aku mengambil keputusan untuk kembali menconteng di dinding dinding yang lama kosong ini.Tiga tahun kot tinggal dunia blogger ni. Sebelum ni pernah cerita pasal UPMKB kan? Tapi itu cerita tiga tahun lepas punya dan sekarang Alhamdulillah dengan izin Allah swt saya berjaya menyambung pelajaran ke tahap Bacelor di UPM serdang. UPM tetap di hati gitu haha. Dari diploma lagi sebenarnya saya menaruh harapan untuk masuk ke UPM Serdang. Tipu lah kalau saya cakap tak rindu UPM Bintulu , kat sana banyak mengajar saya erti berdikari,jauh dengan keluarga dan paling penting menjaga adab sahsiah diri. Kalau dibandingkan antara UPMKB & UPM Serdang memang banyak beza. Dari segi Fasiliti , tempat , orang dan budaya. Tiga tahun hidup di bumi kenyalang banyak memberi kenangan manis dan pahit. Bila terkenang tiba tiba rasa macam nak balik sana pulak haha. Tapi Allah sebaik baik merancang , perjuangan harus diteruskan untuk mengukir senyuman pada ibu ayah tersayang.
Kalau sebelum ini saya mengambil jurusan berkaitan dengan pertanian tapi untuk bacelor ini saya mahu cuba sesuatu yang baru,sesuatu yang saya mahu dari dulu lagi iaitu bidang komunikasi.Alhamdulillah Allah swt mempermudahkan segalanya. Ada orang tanya " weyh kenapa kau tebabas teruk ni? kenapa tak sambung pertanian ja? ". Bagi saya hidup ni untuk kita belajar sesuatu , tak kisah lah sama ada secara terus atau tidak. Saya mahu mencuba sesuatu yang baru , yang mampu membawa saya menjadi sesuatu yang saya impikan sebelum ni. Belajar sesuatu yang baru sememangnya mencabar tapi sudah menjadi lumrah kehidupan. Selagi kita berusaha takkan ada yang mampu menghalang kita dari berjaya. Mahu atau tidak bukan alasan , yang penting cara kita mengaplikasikan dalam sesuatu ilmu itu di dalam kehidupan harian. Kenapa tidak kita cuba sesuatu kita minat? Dalam masa yang sama kita dapat memonjol kebolehan kita dalam pengucapan harian dan pada masa yang sama kita belajar sesuatu yang baru dalam hidup ini. Alhamdulillah saya percaya akan takdir Allah swt tetapkan pada saya mesti ada hikmahnya selagi saya bersyukur akan nikmat ini. wuish macam panjang pulak tulis kali ni , selalu tulis sikit sikit ja haha. In shaa Allah lepas ni saya akan teruskan membloggerkan diri untuk menghiburkan hati yang kosong ni *maklumlah orang bujang kan haha. Okay gerak dulu pape rogerrr
No comments:
Post a Comment