Assalamualaikum semua,sihat dok? of kos la sihat kan. ye dok? maklum lah baru lepas raya makin bertambah sihat lah semuanya. Seluar-ii cheq yang longaq dah boleh fit balik. wakaka *ok cheq tipu ja,cheq kurus lg naa, .Orait harituh kita cerita pasai permainan dulu kan,sekarang kita cerita pasai benda lain pulak tapi still dengan zaman budak budak. haha. . *Deret nak cerita zaman budak budak dia. haha. Biaq lah,blog cheq suka jangtung cheq la nak tulih apa pun,ada aku kesah? hoho. Back to the topic *wakaka omputih pulak aku malam-ii ni. Nak tau dak apa penyeri hidup cheq zaman kecik dulu? mestilah KARTUN, yes kartun.. tipu lah kalau tak tengok. walaupun kami dah besaq,kami still layan kartun lagi,bukannya kami tak matang cuma kami setia jaa, *ceyyyy haha dulu cheq kerap gaduh dengan kakak-ii cheq sebab nak tengok kartun punya pasai,last sekali sapa menang? well,of cos lah me. Depa dah besaq,bagi peluang untuk adikmu yang masih kecil ni. haha Part best masa tengok kartun ni,setiap kali starting kartun mesti cheq hafal lagu depa. serius,siap boleh cakap jepun lagi time tuh walaupun aku tak paham sampai sekarang, haha. Orait,sekarang Eejad nak listkan antara kartun feveret cheq dulu,kini dan selamanya~ haha *poyo gila mamat ni
USOP SANTORIAN

*Kartun ni antara yang best jugaklah sebab paling dekat dengan budak-ii & kawan Usop pun satu malaysia. Dalam banyak-ii diorang ni cheq minat hok Singh tuh. ayat dia selalu lawak "kenapa kamu mentertawakan saya? " hahahaha. main bantai ja nak sebut apa tp ok lah tuh,sekurang-ii nya dia mencuba. hahahahaha *Ujang product of cos lah lawak.
ANAK ANAK SIDEK

*Cerita kartun yang aku jarang miss,best kot, .Aku paling menyampah tengok ajib,kuat sabotaj. Kesian Bun dengan Alan asyik kena marah je dengan abah. Tapi takpa sebab hati depa sado macam hati cheq, haha
KACANG

*kat sini lah aku kenal semua jenis kacang yang ada kat malaysia ni. haha. Part best kartun ni mesti lah lagu dia,Ingat lg sampai sekarang, hehe
KELUANG MAN

*Superhero orang melayu yang pertama versi Batman siap dengan robin sekali, haha
TELETUBBIES

*Dulu start ja cerita ni gaduh dengan kakak-ii chop hok mana satu,haha "aku chop biru" , "ahh tak acii lah aku chop dulu tadi" . haha. aduii, sangat budak-ii kat situ. haha . nama depa --> Tinky Winky,Dipsy,Laa-Laa , Poo . Tipulah kalau tak nyanyi sambil sebut nama depa. haha
SAILORMOON

* "Dengan kuasa bulan,akan menghukummu!"dialog wajib dalam kartun ni. kakak aku punya lah fanatik kartun ni sampai beg sekolah rendah dia pun beli yang ada gambar sailormoon. wakaka tak boleh blah kalau ingat balik.
POWER RANGERS

*Antara Power Rangers waktu zaman kegemilangan cheq Mighty Morphin,sebenarnya banyak lagi jenis power ranger tapi yang ni antara paling best. nak tau pasaipa? sebab power ranger hok kaler pink tu comel. haha
ULTRAMAN

*salah satu kartun feveret & cheq paling follow sekali, dari ultraman 80 sampai mebius. jarang miss kot. sanggup ponteng kelas ngaji sebab nak tengok ultraman punya pasai, hehe
MASKED RIDER

*topik hangat kalau kat sekolah dulu,p sekolah hari isnin ( tayangan ahad petang ) mesti orang tanya "hang tengok masked rider kemarin? best gila lahh" haha cheq sanggup beli mainan depa ni. kelengkap hok nak jadi masked rider sungguh tuh.,kalau membe tengok time tuh umpama hang ada kereta ferarri sebijik nuh. haha
DIGIMON

*cheq layan cerita ni dari kecik hingga ke besar,semuanya best belaka. dulu time kecik ingat kalau beli digimon punya game tuh kalau buka nanti boleh kluaq digimon sunggoh. haha pengaruh tv kuat budak ni.
POKEMON

*cd pokemon ni berlambak kat rumah cheq,minat punya pasal kan. hehe
DRAGONBALL

*kartun yang paling best,setiap eps mesti cheq follow punya. siap boleh hafal jalan cerita. dari goku kecik sampai dia ada cucu,semua cheq follow. tak cukup tv cheq beli cd,tak cukup cd cheq beli komik,tak cukup komik cheq beli...cok tadak dah, haha perghh gila ahh. *ingat lg kecik dulu training sorg-ii dalam bilik buat "kamehameha" .haha macam lah nak kluaq sunggoh sampai training bagai. wakaka
Hye awok dah baca tuh jemput komen sekali tau. Terima Kasih! :)
Lawak weyy >_< Hahahaa. Zaman sekarang dah lain dari zaman dulu. Hmmmmm *Okayy rindu zaman kanak-ii :3 Kalau bole nak stay zaman kita kecik-ii ja. Tamau membesar dah.
ReplyDeletesapa tak rindu kan? haha. dulu time kecik nak jadi besar,sekarang dh besar nak jdi kecik pulak. heee best-ii belaka zaman kecik kita
Deletehaha. .masked rider tuu pengaruh besaq. .sampai pose pon gaya masked rider. .
ReplyDelete