
Assalamualaikum,sawadeekha,koni chiwa,ni hao semua *international nya aku,haha, buat pertama kali start bloggerkan diri setelah sekian lama tak sentuh pasal blog-blog bagai ni *bunga api kat belakang wakaka. .Acctually memang dah lama Eejad nak start main blog ni balik tapi tak kesempatan *padahal malas hehe .Ok back to topic,acctually start dah masuk U ni banyak benda yang tak sama apa yang kita belajar,cara,sistem semua berlainan. Mana kan tak Eejad dulu student account datang sini accident jadi budak science,I REPEAT SCIENCE ok? mana lah cheq nak tau pasai benda benda tuh. Fizik,Bio,Kimia ahhh. *All is well,all is well. .haha tapi kan science ni not bad lah *some text missing*. belajar benda baru kembangkan sikit kepala yang dah lama tak pakai ni. haha.
Orait,sekarang alhamdulillah syukur kehadrat ilahhi sebab la ni cheq dapat meneruskan pengajian peringkat diploma cheq di Uni yang cheq mintak sangat dulu walupun jauh which is UPMKB. Tau dak apa tuh UPMKB? UPMKB stand for Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Yeah! UPM beb! Engkau ado? hohoho. Selalu dengar kat Serdang ja kan? yg ni jauh di Sarawak nuh,di seberang lautan. So,kalau nak datang sini kena naik flight lah. Baru feeling macam dapat pergi oversea haha. Sebenarnya di fikir-ii balik memang gila jugak lah,cheq kena duk kat Sarawak ni tiga tahun,TIGA TAHUN kot nak duk sini. Alahai~ Jadi Sarawakians lah aku lepas ni. haha.
Kat UPMKB ni semua berkaitan dengan pertanian sebab kat sini ado satu falkulti saja iaitu Falkulti Sains Pertanian & Makanan. Kat sini ada 1 program peringkat Bachelor,7 program peringkat Diploma,1 peringkat persediaan Diploma Sains. Program peringkat Diploma terbahagi kepada 7 iaitu Diploma Pertanian,Diploma Pergurusan Perladang & Makanan,Diploma Kejuteraan Pertanian,Diploma Perikanan,Diploma Kesihatan Haiwan & Penternakan,Diploma Perhutanan dan Diploma Perniagaan Tani. Teka kos apa yang cheq ambik? Taadaaa Diploma Pertanian! ingat kami ni belajaq tanam pokok ja? huh! macam-ii kami belajaq. Sapa kata pertanian tak best,best cheq oii! belum try belum tau.
Ok kita cerita pulak pasal hidup kat sini. Mula-ii cheq datang sini memang fikir macam-ii la,nak survive kat sini hidup kat negeri orang pulak kan. Tapi itu semua dulu,sekarang cheq boleh dah. Chaiyok! *yakin gila budak ni . Kat Sarawak ni not bad lah katakan. Orangnya peramah,berbilang kaum,tempat cantik dan banyak makanan. Haaa sebut pasal makanan ni cheq nak habaq sikit,kat sini serius makanan tak pedas. tak kena dengan lidah gua lah bro,gua duk sebelah siam. Thai food takyah kata lah memang pedas tak sangga dah. keluaq ayaq mata pun duk hirup lagi kuah tomyam. bukan apa duit semua tuh. rugi arr tak perabih. haha. Lagi satu kat sini payah nak jumpa sambal belacan & ulam. Tuh yang cheq bebai duk sini. haha.
Untuk pengetahuan korang UPMKB tak sama macam U lain,kami akan stay kat sini dari sem 1 sampai habis belajar. Kalau U lain tak silap cheq sampai sem 1 ja,kalau tak silap lah. jangan duk bash pulak satgi. haha. Kat sini ada satu ja kolej kediaman iaitu Kolej Sri Rajang atau nama pendek dia KSR. KSR ada lima blok lelaki dan lima blok perempuan. Cheq duk kat blok A,blog paling esklusif kat sini. nak tau pasaipa? sebab blok ni ja duk satu bilik tiga orang. Blok lain semua dua orang kecuali blok F (blok perempuan) kot kalau tak silap. Aduhh cheq ingat dua orang ja. tapi takpa lah lagi ramai lg best kan? *muka frust haha . Tapi yang best kat blok ni ialah kat area tengah blok ni ada dataran. So kami buleh main badminton,takraw,futsal & macam-ii lagi. Kalau blok lain ada rumput ja kat tengah tuh. siap tumbuh pokok lg kat tengah-ii. untungkan? hoho
Kalau U lain mesti pusat jauh dengan kolej kan? so korang kena naik bas,kalau terlepas nasib lah. haha. Tapi bukan kat sini,UPMKB hanya sedia bas untuk aktiviti sahaja. Kat sini SEMUA STUDENT pergi kelas jalan kaki. Haaa kes tu kitorang sihat. Cheq duk sini sebulan lebih baru dah turun 4 kg. Tak caya? pi kat hampa tak caya kat dak,ado aku kesah? hoho .Time kami nak pergi kelas kami akan menaiki bukit yang bersebelahan dengan kandang rusa. Kandang rusa? yaa UPMKB ada kandang rusa. So boleh lah pi melawat rusa petang-ii kalau rajin. haha. Selain Rusa,UPMKB pun ada burung unta,kambing,lembu & macam-ii lg lah. Hampa mai tengok lah senang,bukan jauh pun Bintulu ja. haha
Apa yang cheq frust kat sini time outing. Hok ni paling bebai sbb kena call teksi kalau nak keluaq. Kalau jalan kaki memang tak lepas lah. dari kolej pi gate UPM saja dah nak dekat 2 km. jenuh nak jalan lagu tuh. haha. Bab teksi harus pandai pilih,kalau tak pandai jadi macam cheq dulu. kena cong dengan dreba teksi. keluaq p bandaq hok depan tuh saja kena RM 18. tekanan aku. La ni bila dah pandai *mai tang duit jadi pandai sangat hohoho keluaq p sana RM 10 boleh dapat dah. Nampak dah ke'survive'an kat situ. haha *ayat apa lah yang aku pakai ni . So hidup kan sini kena pandai lah cerita dia. :P
Oke nak belanja sikit gambaq kat sini :
*Ni gate UPMKB ikut jalan belakang,tak besar mana pun
*Hok ni burung Unta pulak,kesian depa tinggai dua ekoq ja. Nanti buat rayuan suruh tambah lagi lima,boleh buat team futsal. haha *okeh ni tak lawak
Alhamdulillah impian cheq nak masuk UPMKB dah tercapai. Pasni nak belajaq betoi-ii,grab diploma pastu nak sambung degree kat UPM Serdang pulak. *nak balik semenanjung,haha InsyaAllah. Amin~
Itu saja lah untuk kali ni,Awak awak yang comel tuh,kalau dah baca jemput komen tau. tak komen tarik telinga nanti. hehe. Hope you guys like it ok! See ya! Bye bye ;-)
alhamdulillah jumpa oqang utagha tang nie nuh ! hhahahah .
ReplyDeletesalam abang. saya dapat tawaran bachelor bioindustri kat upm bintulu ni. daftar 29/8 ni. kalau boleh nak tgk banyak gambar kat area upm bintulu tu boleh? sebab saya still nak tunggu rayuan upu saya sebenarnya. boleh tak ya kalau kita chat melalui email? ni email saya: eyfaviolet@gmail.com. thank u :D
ReplyDeletebudak utara ka...stil di upmkb kaa....semberapa dah
ReplyDeleteStill di upmkb kaa...sem berapa
ReplyDelete