Tuesday, 28 October 2014

Ada apa dengan Vlog?

Jeng jeng jeng. Ada apa dengan Vlog? tahu tak apa itu vlog? dan apa beza dengan blog? okeh,kita cerita pelan pelan pasai benda ni. 

"Video blogging, sometimes shortened to vlogging (pronounced 'vlogging', as opposed to 'v-logging') or vidding or vidblogging is a form of  blogging for which the medium is video, and is a form of Web television. Entries often combine embedded video or a video link with supporting text, images, and other metadata. Entries can be recorded in one take or cut into multiple parts. It is also a very popular category on YouTube."

apa yang dimaksudkan disini ialah vlog merupaka video blogger yang digunakan gunakan untuk blogging secara terus menggunakan video. paham dok? kalau blog tulih pakai keyboard,vlog tuh pakai video lah. cerita guna mulut. hee. Di Malaysia pun banyak vlog-ii yang hebat such as Mat lutfhi,Anwar Hadi,Maria Elana dan banyak lagi. Tapi yang paling cheq suka Mat Luthfi,suka hati dia nak bantai apa pun. haha  Lagi satu video dia banyak  nilai-ii moral yanng disampaikan. so kat sini didalam kita berseronok dalam vlog kita,berjenaka bergosip kita jugak boleh selit kan nilai-ii pengajaran yang nak disampai. Para penonton pun lebih teruja dengan video tuh. 

Sebenaq nya cheq pun minat pasai menda ni. Rasa teringin nak buat pun ada. hee. tapi dah buat dah pun. haha untuk video project subjek BBI. Full english pulak tuh. haha. hancoq hancoq. Jadi video faveret pulak dalam kelas,sampai satu dewan suruh bukak. ni semua pasai geng laki lah. segan cheq. orang duk tengok video kita,yang cheq duk sembunyi bawah meja. Malu katakan. haha. Tapi alhamdulillah dapat fullmark :). kenangan kot,bila lagi nak jadi femes kan? haha. dari tak penah dikenai dalam kelas,pastu dah kenai. maklum lah budak kelas ramai. 117 org semua nya. ramai gila kan? Pening pala tengok orang ramail ni. tapi best. hee Bila nak join dalam alam maya punya? err  perlu ka? haha. InshaAllah. akan dipertimbangkan hee. 



*Nah belanja gambaq sikit. nak tengok? errr perlukah? haha

Monday, 27 October 2014

One down,Five Sem left

Perghh macam gempak ja post title cheq nie. wakaka .Btw Assalamualaikum wahai blogger-ii sekalian. Lama gila tak conteng blog ni,rasa dah sebulan lebih dah kot. Bukan apa,busy study *study lah sangat . Sampai berhabuk bagai. hee. ok tuh cheq tipu sikt. Pejam celik pejam celik dah habis dah 1 sem. Akhirnya habis lah perjuangan Eejad untuk sem 1 di UPMKB dan maksud dia cheq boleh balik peghelih! Oh yeah! feel that feleling bro. hoho. Payah dak sem 1? payah? mai lah belajaq sini tengok. haha. payah ka senang lain cerita janji usaha kena ada. Belajaq mana tak payah kan? kalau suruh hampa tendang bola kena tiang pun hampa kata payah. ni kan belajaq. yedok? hoho. Nama pun belajaq sains,kena struggle sikit lah. but dun worry. kami kat sini semua belajaq happy go lucky ja. Yang penting usaha mau ada. Sejak dua menjak duk sini,cheq dah pandai cakap kelantan sikit. awat? tak caya? ok jap. ehemmm 'assalammualaikum,buat gapo? dok tido lagi? doh male ni. gapo? nok teme? hmm alee utoo". haha. ok hok ni aku tiru kat video whatsapps tuh. haha. Tapi boleh kawe boleh lah kecek kelate sikit. doh roommate pun ore kelate,boleh la oyak sikit-ii. haha.

Btw,doa kan result cheq untuk sem ni. tak mintak dapat dekan pun yg penting pointer dapat tinggi lagi dari budak yang top dalam kelas. haha. melebih budak ni. orait yang tuh ja kot. nanti bila-ii cheq tulis lagi naa. bukan apa,tibai line org ja ni. Takut tak sempat tulih perabih dia da tutup wifi. haha. Ok jumpa lagi nanti, Rindu-ii kan lah diri ku ini. haha. Assalammualaikum.. :-)

Friday, 22 August 2014

Sayonara Padang Besaq :')

                      

Assalammualaikum,hye awok-awok semua. ;-) renyih mata sikit. haha. Bukan nak ngorat naa tapi kalau hampa minat add ja fb cheq,nanti kita bincang lain. wakaka. Orait,dua tiga hari lepas berita gembira telah sampai di telinga Eejad ini yang ibu telah dinaik kan pangkat. Syukur alhamdulillah,terima kasih ya Allah atas kurnian rezeki yang telah kau bagi. Cheq tumpang happy sekali bagi pihak ibu. Tapi cheq dimaklumkan bahawa ibu harus ditukarkan ke negeri Kedah. Kedah? lemau selemau lemaunya aku dengar ke tukar p kedah. Cheq ingat naik pangkat ja. Hmm lumrah lah kalau kerja dibawah kerajaan. 

Dengan tukarnya tempat kerja ibu bermaksud kami sekeluarga kena berpindah lah. Ayoyo,lemau sungguh cheq kalau bab-ii pindah ni. Cheq dah duk padang besaq lama dah,dari cheq duk dalam perut ibu lagi. Sedih bhai,walauterpaksa kurelakan jua. heee. Banyak kenangan kot kat sini. Kat sini lah segala cerita hidup aku bermula,dari manis sampai ke payau. dari kecik ke besaq pastu kecik balik pastu macam macam lah. haha .What i'll miss kalau cheq tinggai Padang Besaq? Kawasan,Orang,Kenangan & Kawan.  cheq akan selalu singgah jugak nanti. dun worry. Tapi kali ni lain sikit,datang sebagai pelawat. bukan penduduk. heee. untill we meet again later,InsyaAllah. *duk simpang 4 ja pun. haha .Sayonara Padang Besaq :')

Monday, 11 August 2014

Penyeri Zaman Kecil ku

Assalamualaikum semua,sihat dok? of kos la sihat kan. ye dok? maklum lah baru lepas raya makin bertambah sihat lah semuanya. Seluar-ii cheq yang longaq dah boleh fit balik. wakaka *ok cheq tipu ja,cheq kurus lg naa, .Orait harituh kita cerita pasai permainan dulu kan,sekarang  kita cerita pasai benda lain pulak tapi still dengan zaman budak budak. haha. . *Deret nak cerita zaman budak budak dia. haha. Biaq lah,blog cheq suka jangtung cheq la nak tulih apa pun,ada aku kesah? hoho. Back to the topic *wakaka omputih pulak aku malam-ii ni. Nak tau dak apa penyeri hidup cheq zaman kecik dulu? mestilah KARTUN, yes kartun.. tipu lah kalau tak tengok. walaupun kami dah besaq,kami still layan kartun lagi,bukannya kami tak matang cuma kami setia jaa, *ceyyyy haha  dulu cheq kerap gaduh dengan kakak-ii cheq sebab nak tengok kartun punya pasai,last sekali sapa menang? well,of cos lah  me. Depa dah besaq,bagi peluang untuk adikmu yang masih kecil ni. haha Part best masa tengok kartun ni,setiap kali starting kartun mesti cheq hafal lagu depa. serius,siap boleh cakap jepun lagi time tuh walaupun aku tak paham sampai sekarang, haha. Orait,sekarang Eejad nak listkan antara kartun feveret cheq dulu,kini dan selamanya~ haha *poyo gila mamat ni


USOP SANTORIAN


*Kartun ni antara yang best jugaklah sebab paling dekat dengan budak-ii & kawan Usop pun satu malaysia. Dalam banyak-ii diorang ni cheq minat hok Singh tuh. ayat dia selalu lawak "kenapa kamu mentertawakan saya? " hahahaha. main bantai ja nak sebut apa tp ok lah tuh,sekurang-ii nya dia mencuba. hahahahaha *Ujang product of cos lah lawak.


ANAK ANAK SIDEK


*Cerita kartun yang aku jarang miss,best kot,  .Aku paling menyampah tengok ajib,kuat sabotaj. Kesian Bun dengan Alan asyik kena marah je dengan abah. Tapi takpa sebab hati depa sado macam hati cheq, haha


KACANG


*kat sini lah aku kenal semua jenis kacang yang ada kat malaysia ni. haha. Part best kartun ni mesti lah lagu dia,Ingat lg sampai sekarang, hehe


KELUANG MAN



*Superhero orang melayu yang pertama versi Batman siap dengan robin sekali, haha


TELETUBBIES


*Dulu start ja cerita ni gaduh dengan kakak-ii chop hok mana satu,haha "aku chop biru" , "ahh tak acii lah aku chop dulu tadi" . haha. aduii, sangat budak-ii kat situ. haha . nama depa --> Tinky Winky,Dipsy,Laa-Laa , Poo . Tipulah kalau tak nyanyi sambil sebut nama depa. haha


SAILORMOON


* "Dengan kuasa bulan,akan menghukummu!"dialog wajib dalam kartun ni. kakak aku punya lah fanatik kartun ni sampai beg sekolah rendah dia pun beli yang ada gambar sailormoon. wakaka tak boleh blah kalau ingat balik.


POWER RANGERS


*Antara Power Rangers waktu zaman kegemilangan cheq Mighty Morphin,sebenarnya banyak lagi jenis power ranger tapi yang ni antara paling best. nak tau pasaipa? sebab power ranger hok kaler pink tu comel. haha 

ULTRAMAN


*salah satu kartun feveret & cheq paling follow sekali, dari ultraman 80 sampai mebius. jarang miss kot. sanggup ponteng kelas ngaji sebab nak tengok ultraman punya pasai, hehe


MASKED RIDER


*topik hangat kalau kat sekolah dulu,p sekolah hari isnin ( tayangan ahad petang ) mesti orang tanya "hang tengok masked rider kemarin? best gila lahh" haha cheq sanggup beli mainan depa ni. kelengkap hok nak jadi masked rider sungguh tuh.,kalau membe tengok time tuh umpama hang ada kereta ferarri sebijik nuh. haha


DIGIMON


*cheq layan cerita ni dari kecik hingga ke besar,semuanya best belaka. dulu time kecik ingat kalau beli digimon punya game tuh kalau buka nanti boleh kluaq digimon sunggoh. haha pengaruh tv kuat budak ni.


POKEMON


*cd pokemon ni berlambak kat rumah cheq,minat punya pasal kan. hehe

DRAGONBALL 


*kartun yang paling best,setiap eps mesti cheq follow punya. siap boleh hafal jalan cerita. dari goku kecik sampai dia ada cucu,semua cheq follow. tak cukup tv cheq beli cd,tak cukup cd cheq beli komik,tak cukup komik cheq beli...cok tadak dah, haha perghh gila ahh. *ingat lg kecik dulu training sorg-ii dalam  bilik buat "kamehameha" .haha macam lah nak kluaq sunggoh sampai training bagai. wakaka



Hye awok dah baca tuh jemput komen sekali tau. Terima Kasih! :)


Friday, 8 August 2014

Zaman Dulu - Dulu

Apa yang hampa rindu time kanak kanak dulu? mesti lah zaman kegemilangan kita,zaman yang belum dimonopoli oleh gadjet gadjet macam sekarang,zaman kita kecil kecil dulu,permainan time tuh.kalau pikir pikir balik mesti rindu kan? hehe .kenangan kot time tuh,sapa tak rindu kan? main sana,main sini. semuanya pakai benda yang takda kaitan dengan teknologi. ye dok? Kalau budak budak sekarang darjah tiga dah pakai smart fon,cheq umoq 18 baru boleh pakai,tuh pun gagah taruh duit teringin punya pasai.haha .benda lain macam PS3/4, xbox. perghhh hok ni memang tak tau nak kata lah.Eejad dulu main game tape ja,beli senyap-senyap takut ayah marah,time dia keluar rumah baru pasang kat tv nak main pastu kalau ayah dah balik dengan automatiknya kelajuan cahaya terjadi,haha daripada rancak main game mario pastu jadi channel berita,haha cannot go lah. Pastu budak sekarang semua main FB,Twitter,Weechat,Whatsapps.gile lah kau. aku pun baru kenal semua tuh ja. depa dah senior lagi dari aku. haha .Ok Eejad nak list antara Permainan yang Eejad main dulu,korang pun mesti pernah kan? tipu lah kalau tak pernah.starlight dahi baru tau. hehe


Tengteng

 

*sapa tak main rugi,time ni lah nak ngorat perempuan. hehe *ok abaikan



Tali Getah *cheq main bantai ja nama ni haha



lagu tradisi - rumah terbakar panggil bomba,bomba datang berlumba-lumba,12345. hehe


Tuju Selipar


cheq terer main benda ni,sapa nak main panggil cheq na :)


Ceper @ Tudung Tin

 

*hok ni femes kat sekolah dulu,sampai ke sekolah menengah main lagi benda ni. Best kot. hehe


Congkak


*Permainan legend ni. dulu reti main jugak la,tapi la nie jadi lagu mana tak tau, jadi tak brapa reti dah. hehe. *alasan~


Batu Seremban


*hok ni the most legend,tapi sayang dia tak brapa reti main jugak. haha *bukan tak reti terus naa



Game Tape


*feverete game contra,mario pastu tembak itik pakai pistol. *tak boleh blah anjing tuh gelak kalau tembak tak kena. wakaka


Gasing

*time main benda ni kalau boleh buat dia pusing atas tapak tangan memang orang salute hang sampai kesudah. haha


Lawan Pemadam


*duit cheq habis banyak beli pemadam kes ni lah. haha


Bola Kertas


*serius best game ni,semangat punya pasal sanggup buat dari rumah guna kertas tebal pastu bawak pii lawan kat sekolah. nasib menang. haha


Jutaria


*Pernah jadi kes nak gaduh dengan kakak-ii cheq sebab termasuk rumah depa sampai tinggai seribu ja duit. bebai gila lah time tuh. . nasib tak reyau. wakaka


Kad Tepuk


*cheq pernah bagi kalih semua kad ni,sekali tepuk ja. well,main benda ni kena ada semangat avatar. haha



hye awok-awok,dah baca jemput komen tau. lepas komen tuh mesej naa,nak belanja Teh ais. haha

Monday, 4 August 2014

From Perlis to Sarawak



Assalamualaikum,sawadeekha,koni chiwa,ni hao semua *international nya aku,haha, buat pertama kali start bloggerkan diri setelah sekian lama tak sentuh pasal blog-blog bagai ni  *bunga api kat belakang   wakaka. .Acctually memang dah lama Eejad nak start main blog ni balik  tapi tak kesempatan *padahal malas hehe .Ok back to topic,acctually start dah masuk U ni banyak benda yang tak sama apa yang kita belajar,cara,sistem semua berlainan. Mana kan tak Eejad dulu student account datang sini accident jadi budak science,I REPEAT SCIENCE ok? mana lah cheq nak tau pasai benda benda tuh. Fizik,Bio,Kimia  ahhh. *All is well,all is well. .haha tapi kan science ni not bad lah *some text missing*. belajar benda baru kembangkan sikit kepala yang dah lama tak pakai ni. haha. 

Orait,sekarang alhamdulillah syukur kehadrat ilahhi sebab la ni cheq dapat meneruskan pengajian  peringkat diploma cheq di Uni yang cheq mintak sangat dulu walupun jauh which is UPMKB. Tau dak apa tuh UPMKB? UPMKB stand for Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Yeah! UPM beb! Engkau ado? hohoho. Selalu dengar kat Serdang ja kan? yg ni jauh di Sarawak nuh,di seberang lautan. So,kalau nak datang sini kena naik flight lah. Baru feeling macam dapat pergi oversea haha. Sebenarnya di fikir-ii balik memang gila jugak lah,cheq kena duk kat Sarawak ni tiga tahun,TIGA TAHUN kot nak duk sini.  Alahai~ Jadi Sarawakians lah aku  lepas ni. haha.


                                                    

*Macam nak study oversea sudah. hoho


Kat UPMKB ni semua berkaitan dengan pertanian sebab kat sini ado satu falkulti saja iaitu Falkulti Sains Pertanian & Makanan. Kat sini ada 1 program peringkat Bachelor,7 program peringkat Diploma,1 peringkat persediaan Diploma Sains. Program peringkat Diploma  terbahagi kepada 7 iaitu Diploma Pertanian,Diploma Pergurusan Perladang & Makanan,Diploma Kejuteraan Pertanian,Diploma Perikanan,Diploma Kesihatan Haiwan & Penternakan,Diploma Perhutanan dan Diploma Perniagaan Tani. Teka kos apa yang cheq ambik? Taadaaa Diploma Pertanian!  ingat kami ni belajaq tanam pokok ja? huh! macam-ii kami belajaq. Sapa kata pertanian tak best,best cheq oii! belum try belum tau. 

Ok kita cerita pulak pasal hidup kat sini. Mula-ii cheq datang sini memang fikir macam-ii la,nak survive kat sini hidup kat negeri orang pulak kan. Tapi itu semua dulu,sekarang cheq boleh dah. Chaiyok! *yakin gila budak ni .  Kat Sarawak ni not bad lah katakan. Orangnya peramah,berbilang kaum,tempat cantik dan banyak makanan. Haaa sebut pasal makanan ni cheq nak habaq sikit,kat sini serius makanan tak pedas. tak kena dengan lidah gua lah bro,gua duk sebelah siam. Thai food takyah kata lah memang pedas tak sangga dah. keluaq ayaq mata pun duk hirup lagi kuah tomyam. bukan apa duit semua tuh. rugi arr tak perabih. haha. Lagi satu kat sini payah nak jumpa sambal belacan & ulam. Tuh yang cheq bebai duk sini. haha.

Untuk pengetahuan korang UPMKB tak sama macam U lain,kami akan stay kat sini dari sem 1 sampai habis belajar. Kalau U lain tak silap cheq sampai sem 1 ja,kalau tak silap lah. jangan duk bash pulak satgi. haha. Kat sini ada satu ja kolej kediaman iaitu Kolej Sri Rajang atau nama pendek dia KSR. KSR ada lima blok lelaki dan lima blok perempuan. Cheq duk kat blok A,blog paling esklusif kat sini. nak tau pasaipa? sebab blok ni ja duk satu bilik tiga orang. Blok lain semua dua orang kecuali blok F (blok perempuan) kot kalau tak silap. Aduhh cheq ingat dua orang ja. tapi takpa lah lagi ramai lg best kan? *muka frust haha . Tapi yang best kat blok ni ialah kat area tengah blok ni ada dataran. So kami buleh main badminton,takraw,futsal & macam-ii lagi. Kalau blok lain ada rumput ja kat tengah tuh. siap tumbuh pokok lg kat tengah-ii. untungkan? hoho

Kalau U lain mesti pusat jauh dengan kolej kan? so korang kena naik bas,kalau terlepas nasib lah. haha. Tapi bukan kat sini,UPMKB hanya sedia bas untuk aktiviti sahaja. Kat sini SEMUA STUDENT pergi kelas jalan kaki. Haaa kes tu kitorang sihat. Cheq duk sini sebulan lebih baru dah turun 4 kg. Tak caya? pi kat hampa tak caya kat dak,ado aku kesah? hoho .Time kami nak pergi kelas kami akan menaiki bukit yang bersebelahan dengan kandang rusa. Kandang rusa? yaa UPMKB ada kandang rusa. So boleh lah pi melawat rusa petang-ii kalau rajin. haha. Selain Rusa,UPMKB pun ada burung unta,kambing,lembu & macam-ii lg lah. Hampa mai tengok lah senang,bukan jauh pun Bintulu ja. haha 

Apa yang cheq frust kat sini time outing. Hok ni paling bebai sbb kena call teksi kalau nak keluaq. Kalau jalan kaki memang tak lepas lah. dari kolej pi gate UPM saja dah nak dekat 2 km. jenuh nak jalan lagu tuh. haha. Bab teksi harus pandai pilih,kalau tak pandai jadi macam cheq dulu. kena cong dengan dreba teksi. keluaq p bandaq hok depan tuh saja kena RM 18. tekanan aku. La ni bila dah pandai *mai tang duit jadi pandai sangat hohoho keluaq p sana RM 10 boleh dapat dah. Nampak dah ke'survive'an kat situ. haha *ayat apa lah yang aku pakai ni . So hidup kan sini kena pandai lah cerita dia. :P

Oke nak belanja sikit gambaq kat sini :




*Ni gate UPMKB ikut jalan belakang,tak besar mana pun

*Pilihlah UPMKB sebagai Destinasi Pengajian Pertanian Anda. hoho




*Antara Jabatan yang ada di UPMKB ( tak sempat nak ambik semua,ini ja mampu. haha)




* Ini lah rusa UPMKB,kalau nak pi kelas tuh konfem nampak aihh. tipu kalau tak nampak.          haha




*Hok ni burung Unta pulak,kesian depa tinggai dua ekoq ja. Nanti buat rayuan suruh tambah lagi lima,boleh buat team futsal. haha *okeh ni tak lawak


Alhamdulillah impian cheq nak masuk UPMKB dah tercapai. Pasni nak belajaq betoi-ii,grab diploma pastu nak sambung degree kat UPM Serdang pulak. *nak balik semenanjung,haha  InsyaAllah. Amin~

Itu saja lah untuk kali ni,Awak awak yang comel tuh,kalau dah baca jemput komen tau. tak komen tarik telinga nanti. hehe. Hope you guys like it ok! See ya! Bye bye ;-)


 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012